Friday, September 28, 2018

Kebenaran atau fitnah?

Di zaman ini
Fitnah dijadikan 'kebenaran'
Kebenaran dipijak-pijak

Zaman ini sungguh menakutkan
Di antara kebenaran dan fitnah
Manusia memilih fitnah
Gemar mendengar cerita-cerita buruk
Dari kebaikan

Kerana kebaikan tidak dapat
Dibawang2kan
Yang buruk dicari...dijaja...difitnah

Hingga aku keliru
Yang mana harus aku percaya
Percaya pada kebenaran atau fitnah
Kerana fitnah tampak benar
Bila ramai yang bersuara
Walaupun bukan ahlinya

Sesungguhnya aku takut
Dunia ini makin tenat
Tenat dengan manusia
Yang menjaja fitnah

Ayat google :
"Sekarang aku mengerti mengapa fitnah lebih kejam dari membunuh
Fitnah membuatku berasa mati tetapi harus tetap bernafas"

Saturday, August 18, 2018

Lagu yang aku teringat saat ini

Ni lirik lagu neeruzawa ozawa...
Aku taktau apa makna dia
Tapi aku suka lagu ni...
Lagu ni waktu aku study dulu
Tetiba aku teringat lagu ni
Kalau tengok video klip lagu ni...
Macam band hardcore hahaha
Sekali lagu jiwang daaa

Neeruzawa Ozawa by Modread

Berdetak
Detik arah perjalanan
Ini pun terhentak
Oleh penawanan perasaan

Yang menghilang
Mampu membawa rasa
Yang telah pun tenggelam
Kepada dia yang tidak pernah ada

Kasih tiada daya
Menutup mataku
Walau aku tahu oh hatimu 
Kerana dirimu masih
Melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku

Oh pergilah
Satu hidup bahagia
Yang telah pun tertewas
Dengan satu kesalahan
Yang mungkin di maaf
Perasaan ini seperti
Telah pun mati
Hanya jasad aku berdiri sendiri

Dia yang telah tiada
Hilang di mataku
Walau aku tahu oh hatimu 
Cukuplah sekadar satu
Senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku

Kasih tiada daya
Menutup mataku
Walau aku tahu oh hatimu 
Kerana dirimu masih
Melangkah tidak berpaling
Dan kau tinggalkan aku

Dia yang telah tiada
Hilang di mataku
Walau aku tahu oh hatimu 
Cukuplah sekadar satu
Senyuman yang mampu
Memanjangkan nafasku

Wednesday, January 17, 2018

Hati mati

Hati mati
Bukan bermakna tiada perasaan
Tapi lebih kepada menahan

Hati mati
Bukan bermakna tiada hati
Tapi lebih kepada berhenti

Berhenti dari mengharapkan bintang2 di langit
Yang akhirnya langit itu mendung
Tiada bintang yg dapat digapai
Statiknya diri di situ
Menerima hakikat
Yang pasti jadi samar
Yang jelas jadi pudar

Di ketika itu
Betapa aku ingin masa itu pergi
Seperti debu2 yang dihembus angin lalu

Satu hari
Berputarnya siang kepada malam
Menjadikan aku penunggu setia
Dan aku berdoa
Suatu hari nanti...
Ya...Suatu hari nanti
Kerna aku mengerti
Ketetapan itu telah ditentukan

Sunday, December 24, 2017

Masa yang singkat

Ya
Masa tak penah tunggu kita
Kita yg selalu terlepas masa

Masih ingat azam tahun ni?
Tercapaikah?
Aku malu dengan diri sendiri
Sebab...
Azam aku tak tercapai lagi

Dah beberapa tahun berlalu
aku asyik bawak azam yang sama
Tahun depan
Masih lagi azam yg sama

Aku mengaku
Salah aku sebenaqnya
Tapi aku masih tak putus asa
Selagi nafas belum terhenti
Masih ada ruang untuk aku

Tahun baru...tahun yang mendebarkan
Mungkin ini tahun yang terakhir
Mungkin juga bukan
Ada kala tu aku agak terasa
Ibarat macam aku fight sorang2
Agak sedih la
Wat aku teringat kisah lama
Hahaha...
Hidup memang macam ni la wei
Bunga taik ayam
Ada ka yang suka
Kalu ada pun memang rare la

Apa yang aku rasa malam ni
Selama ni aku rasa aku dah cuba yang terbaik
Cuba nak membantu
Tapi aku x sangka
Lain pulak orang tafsir

Rasa macam bodohnya lahai
Sebab tu la aku kata...
Kalau da yang suka bunga taik ayam
Tu memang kategori rare
Hahahaha

Hidup ni kena berpijak di bumi yang nyata
Kalau di awang-awangan tu bahaya

Hati-hati
Kelak makan diri
Pesanan di Tahun Baru ini

Wednesday, June 28, 2017

Usaha yang ragu-ragu

Kadang2 aku positif
Aku kena usaha sungguh2
Even aku xtau ending usaha aku tu
Bila semangat positif tu mai
Memang aku jadi positif all da time

Tapi
Bila ada certain kejadian
Aku jadi ragu2 ngn usaha aku
Tercapai ka usaha aku ni
Sbb aku memang beriya-iya
Semangat nak ke arah tu

Dan
Mula la aku pikiaq 'usaha' ke-2
Aku berdoa murah rezki
Murah rezki dari hadap suma ni
Sebab ada masa aku penat
Penat dengan hati

So
Wat masa lani tu la aku rasa
Bila dah rasa macam ni
Perasaan tu mai balik
Bila aku dah tetapkan hati
Aku harap doa aku diterima
Moga murah rezki aku
Moga murah rezki aku
Moga murah rezki aku
Ya Allah...moga murah rezki
Rezki ada di mana2

Wednesday, May 10, 2017

Rezeki

Rezeki...Allah yg tentukan
Aku yakin kalu aku usaha n doa
Rezeki tu akan tiba
Dia akan bagi sesuai dengan waktunya

Hampir 3tahun...
aku bersyukur dengan rezeki darinya
Bersyukur yang teramat
Sebab dulu aku pernah menangis
Hampir setiap malam
Sebab aku down waktu tu
Aku xdak sapa nak mengadu
Hanya pada Allah aku mengadu
Mohon dimurahkan rezeki
Dan Dia bagi aku rezeki yang xterkata
Alhamdulillah
Rezeki dariNya

Dan bila aku agak serabut
Serabut dengan kata2 manusia
Atas sebab kata2 tu
Aku nak buktikan sesuatu
Sesuatu yang boleh menyangkal semua
Sebab aku tau aku ni hanya insan yang biasa2
Aku akan pergi bila masa tu tiba
Aku mohon dimurahkan rezeki
Mohon dimakbulkan doaku
Mohon ditunjukkan jalan olehNya
Mohon ketenangan ati dan jiwa

Kadang-kadang bila duduk saja2
Mengenang nasib rezeki
Aku x sedaq 1 benda
Sedangkan bernafas ari2 tu pun satu rezeki
Rezeki ari2 untuk aku berusaha menjadi hambaNya yang tidak alpa
Terima kasih ya Allah
Moga aku sedaq setiap ari