Di zaman ini
Fitnah dijadikan 'kebenaran'
Kebenaran dipijak-pijak
Zaman ini sungguh menakutkan
Di antara kebenaran dan fitnah
Manusia memilih fitnah
Gemar mendengar cerita-cerita buruk
Dari kebaikan
Kerana kebaikan tidak dapat
Dibawang2kan
Yang buruk dicari...dijaja...difitnah
Hingga aku keliru
Yang mana harus aku percaya
Percaya pada kebenaran atau fitnah
Kerana fitnah tampak benar
Bila ramai yang bersuara
Walaupun bukan ahlinya
Sesungguhnya aku takut
Dunia ini makin tenat
Tenat dengan manusia
Yang menjaja fitnah
Ayat google :
"Sekarang aku mengerti mengapa fitnah lebih kejam dari membunuh
Fitnah membuatku berasa mati tetapi harus tetap bernafas"